Geran perniagaan memang susah nak dapat kalau tak buat 3 perkara asas ini…

Barang skrg makin naik dan kuasa pembeli kurang jika tiada geran agak susah untuk melangkah lebih jauh atau gulung tikar” – Usahawan dari Survey Kuiz Geran https://forms.gle/pweRK2DrFCARSmcE6

 

Perkara pertama yang mesti ada untuk mendapatkan geran perniagaan:

Ada kedai fizikal / tempat fizikal uruskan perniagaan yang mempunyai Lesen Perniagaan dari Pihak Majlis Tempatan (PBT).

Berniaga online tak boleh ke? Banyak yang tak boleh, dan kalau ada yang boleh hanyalah untuk setahun sahaja dan jumlah yang diberi bantuan pun sedikit sahaja. 

Sebab apa? Sebab mereka nak usahawan grow kan business. Berapa lama nak berniaga online di rumah saja?

 

Perkara kedua yang mesti ada untuk mendapatkan geran perniagaan:

Akaun mesti diurus dengan baik. Haa..ini ramai fail. Mesti kena Management Account (Akaun Pengurusan). 

​Management Account ( Akaun Pengurusan ) adalah akaun yang dibuat oleh sesebuah bisnes setiap hari @ bulan bagi mengetahui kedudukan SEMASA perniagaan.

Saya tak cerita panjang mengenai ini, nanti pergi ambil tahu sendiri sebab sebagai usahawan, kedudukan kewangan syarikat adalah dibawah tanggungjawab korg. Kalau ini tak buat, macam mana nak tau korg guna geran secara bertanggungjawab?

 

Perkara ketiga yang mesti ada untuk mendapatkan geran perniagaan:

Caruman KWSP.

Objektif untuk pelbagai agensi kerajaan untuk beri geran pada korg adalah membolehkan syarikat korg bagi impact kepada masyarakat. Salah satunya adalah peluang pekerjaan.

Tapi setakat bagitau berapa orang pekerja tak boleh la, ada KWSP baru betul-betul boleh tau berapa pekerja.


PENUTUP


Ada banyak lagi tapi cukup tiga ini.

Geran berguna untuk boostkan bisnes. Sayangnya kalau dah berniaga bertahun tapi tak pernah dapat geran perniagaan.

Mulakan langkah pertama untuk tahu berkenaan geran dengan mengisi kuiz ini.

Korg boleh tahu korg dalam kategori apa micro/small/medium.

Korg boleh dapat Senarai Geran & Loan Bisnes 2024. 

Dah dapat terus bertindak!

https://ispeedacademy.com/kuiz-geran-loan-bisnes/